Keratan MHI 20 Dis 2012






Oleh SHAZZUAN SHAH MOHD SALLEH

BANDAR RAYA MELAKA, 20 Dis – Produk ‘My Mind’ akan dipasarkan ke seluruh Negara dalam tempoh terdekat, ianya dihasilkan dari 100% herba dengan teknologi terkini tanpa bahan kimia. 

Ketua pegawai Eksekutif Bahagian R&DCIC Jabatan Ketua Menteri Melaka, Prof Madya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, produk ini baik untuk perkembangna minda anak-anak dan boleh dijadikan makanan tambahan untuk semua peringkat umur khusunya pelajar. 

“ Ia memberi kesegaran minda yang mampu meningkatkan prestasi berfikir di samping membantu meningkatkan sahsiah diri pelajar.

“ Produk ini mampu bersaing dengan produk sedia ada di pasaran kerana harganya yang berpatutan dengan harga promosi hanya RM10 dan akan dijual di seluruh Sekolah Rendah dalam Negeri Melaka dan produk kreatif ini merupakan hasil kerjasama Pengerusi Eksekutif syarikat dan R&DCIC sejak dua tahun lalu,” katanya.

Abu Bakar berkata demikian semasa menghadiri majlis menandatangani perjanjian pemasaran produk serta usahasama MOU oleh Pengerusi Eksekutif Syarikat Twin Mind Innovation Sdn Bhd dan yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Melaka di Seri Bendahara, di sini baru-baru ini. Produk tersebut merupakan hasil penyelidikan antara Syarikat Twin Mind Innovation Sdn Bhd dengan kerjasama R&DCIC.

No comments:

Post a Comment