IKLAN RADIO BERSAMA PENGERUSI MGB MELAKA

Temubual bersama  Ketua pegawai Eksekutif Bahagian R&DCIC Jabatan Ketua Menteri Melaka, Prof Madya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Melaka En. Yahya telah diadakan di Radio RTM Melaka. Juruhebah yang mengelolakan program tersebut iaitu En. Daim telah menemuramah kedua-dua mereka. Pengerusi MGB menyatakan bahawa produk 'My Mind' sesuai untuk murid-murid sekolah sebagai satu alternatif kepada ibu bapa di dalam membantu mempertingkatkan perkembangan minda anak-anak mereka. Tambahan pula menurut beliau produk 'My Mind' merupakan satu produk makanan tambahan berasaskan herba-herba semulajadi. Perisa buah-buahannya pula amat sesuai dan disukai oleh golongan murid sekolah. 



Ketua pegawai Eksekutif Bahagian R&DCIC Jabatan Ketua Menteri Melaka, Prof Madya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah pula menyatakan produk 'My Mind' bersesuaian dengan semua peringkat usia. Rasa buah-buahan yang digemari dan ianya telah mendapat kelulusan daripada semua syarat-syarat yang disyaratkan oleh pihak berwajib dan dikelaskan sebagai makanan tambahan. Beliau berharap Produk 'My Mind' menjadi salah satu produk IKS yang diminati semua golongan rakyat Malaysia. 


No comments:

Post a Comment