Keratan MHI 2 April 2013

'Produk My Mind' & 'MIMO' R&DCIC 
Sertai Pameran Penjawat Awam Di RTC
 
Oleh ROSLAN MOHAMAD

AYER KEROH, 1 April - Hari Keluarga Penjawat Awam Negeri Melaka dan Persatuan Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Linggi mulai 30 hingga 31 Mac lalu.


Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, kreativiti, inovasi dan Pengkomersilan, (R&DCIC), telah mempamerkan dua produk yang telah dikomersilkan melalui kerjasama teknikal jabatan ini.

Produk 'My Mind' adalah tablet buah-buahan pelbagai rasa khususnya untuk perkembangan minda dan produk 'MIMO' ialah produk 'Mirecel Indigenous Micro Organisma' yang telah mengadakan pameran di booth R&DCIC.

Menurut Datuk Prof Madya Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, selaku Ketua Pegawai  Eksekituf R&DCIC, kedua-dua produk telah dikomersilkan dan kini berada di pasaran. Produk kreatif ini telah dicipta di negeri ini di mana produk MIMO yang dikilangkan di Sungai Udang terbukti berkesan bagi pertanian, penternakan, perikanan dan pemulihan alam sekitar.

"Produk ini mesra pengguna, dihasilkan organik, meningkatkan pembesaran ternakan dan hasil tanaman, sebagai agen antibiotik, mudah digunakan, menguraikan gas-gas berbahaya dan mengurangkan kadar tukaran makanan (FRC) dan ianya mengandungi bakteria, asid laktic, yeast dan bakteria phototropic.

Manakala produk MY Mind ialah produk mengandungi tumbuhan herba semula jadi dengan fungsi menambah tenaga dalam limpa. "Melancarkan pengaliran darah yang dapat membantu melahirkan murid minat ke sekolah, membantu melahirkan murid rajin membaca, menulis dan menyoal serta membantu melahirkan murid rajin berfikir serta membantu melahirkan murid berdisiplin dan bersahsiah," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

No comments:

Post a Comment