Keratan MHI Ahad 17 Mac 2013

Produk Inovatif "My Mind" Laris Dipasaran




Oleh ROSLAN MOHAMAD
 
AYER KEROH, 16 Mac, Peoduk kebangaan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Kreatif, Inovasi dan Pengkomersialan (R&DCIC) Melaka yang dikomersilkan oleh syarikat Twin Mind Innovation Sdn. Bhd., akan dipasarkan di sekolah-sekolah seluruh negeri Melaka.

Pemasaaran itu melalui Majlis Guru-Guru Besar Melaka dan telah mendapat sambutan menggalakkan di mana produk 'My Mind' itu merupakan tablet buah-buahan pelbagai rasa khususnya bagi perkembangan minda.

Ketua Pegawai Eksekitif R&DCIC, Prof. Madya Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, produk My Mind telah dijual banyak di sekolah rendah seluruh negeri ini dengan harga promosi RM 10.

"Ianya telah diformulasikan khusus untuk perkembangan minda dan produk itu boleh membantu melahirkan murid minat ke sekolah. Selain membantu melahirkan murid rajin berfikir dan membantu melahirkan murid berdisiplin dan bersahsiah," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Jelasnya, produk My Mind mengandungi tumbuhan herba semulajadi dengan fungsi menambah tenaga dalam limpa dan perut serta meningkatkan daya penghadaman dan penyerapan sel darah merah dan homoglobin.

Produk ini juga melancarkan pengaliran darah yang bertindak balas di kawasan limpa, ginjal dan bladder dan melancarkan pengaliran darah ke otak yang mana dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah, migrain dan radiasi.

Menurut Abu Bakar, produk ini sangat sesuai buat pelajar dan ahli sukan dan produk ini telah dikelaskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai makanan tambahan.

Cara makan produk ini sebiji sehari bagi umur satu hingga 12 tahun, sebiji pagi dan sebiji malam untuk umur 13 hingga 20 tahun dan dua biji pagi serta dua petang bagi umur 20 tahun dan keatas.  



  

No comments:

Post a Comment