PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN JOHOR 13 April 2013

Pada 13 April 2013 Bukit Pasir, Muar -Program kecemerlangan pelajar telah diadakan bersama-sama dengan NGO wanita peringkat Muar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Shahruddin Bin Md Salleh. Program tersebut telah disertai oleh jabatan-jabatan kerajaan. YB Dr Shahruddin Md Salleh telah meluangkan masa melawat ruang pameran jabatan-jabatan kerajaan. 




Beliau sempat melawat ruang promosi 'My Mind' (makanan tambahan untuk otak) yang telah diperkenalkan ke sekolah-sekolah dalam negeri Johor (daerah Muar). Beliau menggalakkan orang ramai menggalakkan anak-anak mereka memakan makanan tambahan seperti 'My Mind' untuk membantu perkembangan minda anak-anak.

Turut serta bersama-sama YB Dr.  Shahruddin Md Sallehadalah seorang SENATOR iaitu YB Hajah Noriah Binti Mahat. Beliau turut berbesar hati kemasukkan 'My Mind' ke sekolah-sekolah negeri Johor. Beliau telah diberikan penerangan ringkas oleh pegawai yang terlibat.


No comments:

Post a Comment