MAJLIS PENYERAHAN MAKANAN TAMBAHAN "MY MIND" KEPADA 40 BUAH SEKOLAH RENDAH DI SEKOLAH KLASTER PAYA RUMPUT OLEH Y.B DATUK Prof. MADYA Dr. ABU BAKAR MOHD DIAH, AHLI PARLIMEN TANGGA BATU



Satu Majlis Penyerahan Kit Bijak Sifir Alif Sekolah Rendah & Pendidikan Khas ( Menengah ) & Makanan Tambahan 'My Mind' Parlimen Tangga Batu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka atas keprihatinan Y.B Datuk Profesor madya Dr. Abu Bakar Bin Mohd Diah yang merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tangga Batu dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&DCIC), Kreativiti, Inovasi dan Pengkomersilan, Jabatan Ketua Menteri Melaka pada 6 Julai 2013 ( Sabtu).

Program ini juga telah mendpat kerjasam penuh daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Paya Rumput merangkap yang Di-Pertua Majlis Guru Besar Negeri Melaka.

Sebanyak 40 sekolah terpilih daripada sekitar Mukim Tangga Batu telah menyertai program ini. Encik Rahim, Pengasas Bijak Sifir Alif telah menyerahkan sebanyak 40 kit kepada sekolah-sekolah yang terlibat dan pihak Twin Mind Innovation telah menyerahkan sebanyak 20 botol untuk setiap satu sekolah yang terlibat.

Alhamdulillah..... Atas keprihatinan yang berhormat Datuk dalam usaha membantu pelajar-pelajar dalam mencapai kecemerlangan satu program seperti ini telah berjaya terlaksana. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini dan sekalung penghargaan buat Y.B Datuk kerana sudi meluangkan masa untuk pelajar-pelajar yang terlibat..

Sekitar Program...


















No comments:

Post a Comment