PIBG SK RANTAU PANJANG, MELAKA


Masjid Tanah, 30 April 2013. Mesyuarat Agong PIBG telah diadakan bermula jam 2 petang di dewan serbaguna Sekolah Kebaangsaan Rantau Panjang (SKRP), Masjid Tanah Melaka. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Mas Ermieyati Binti Samsudin. merupakan calon pilihanraya PARLIMEN kawasan tersebut. Sebelum mesyuarat PIBG berlangsung, produk 'My Mind' telah pun diterima masuk ke sekolah ini oleh Guru Besar SKRP iaitu Puan Hjh Rohani sebagai produk makanan tambahan untuk murid-murid sekolah tersebut.  Mas Ermieyati Binti Samsudin telah merasmikan Mesyuarat Agong PIBG tersebut. Beliau juga berkesempatan meluangkan masa melihat produk 'My Mind' yang diperkenalkan oleh Puan Guru Besar sebagai produk Makanan Tambahan yang secara rasmi dijual di SKRP.



Mas Ermieyati Binti Samsudin, menyambut baik akan produk My Mind ini dan meminta semua pihak patut menyokong produk IKS tempatan. Tambahan pula ianya merupakan produk yang dikomersilkan oleh Datuk Prof. Madya Dr Abu Bakar Mohammad Diah (Ketua Pegawai R&D CIC Jabatan Ketua Menteri Melaka ketika itu) dan telah mendapat kelulusan pihak berwajib. Sekarang ini Datuk Prof. Madya Dr Abu Bakar Mohammad Diah merupakan calon PARLIMEN Tanggan Batu, Melaka.


No comments:

Post a Comment