SK JORAK, MUAR JOHOR


17 May 2013 - Dengan rasminya 'MY MIND' melebarkan sayap ke negeri Johor D.T. Sekolah yang dimaksudkan adalah Sekolah Kebangsaan Jorak (SKJ). Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar Hajah Afidah Binti Abakar kerana menyambut baik kedatangan pegawai-pegawai untuk membuat promosi Produk IKS Bumiputera. Selain SK Jorak, SK Sg. Raya dan empat sekolah Tabika Kemas yang berhampiran juga menerima kehadiran pegawai syarikat. Sebelum ini My Mind telah pun berada di SK Sri Bukit Pasir dan Sekolah-sekolah Agama Rakyat di daerah Muar ini.


 Murid-murid telah berkumpul di dataran perhimpunan untuk diberikan taklimat oleh pegawai-pegawai syarikat berhubung produk My Mind. Semua warga sekolah menyambut baik produk My Mind kerana ianya merupakan Makanan Tambahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan telah mendapat kelulusan pihak berwajib.

No comments:

Post a Comment