MELENTUR BULUH DARI REBUNGNYA

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya" Perumpamaan ini seringkali digunakan apabila golongan dewasa seperti para ibu bapa dan pendidik serta masyarakat, di dalam mendidik generasi muda. Pada 7hb November 2013, Sekolah Kebangsaan Parit Stongkat Muar, telah mengadakan Hari Keusahawanan. Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid-murid dengan ilmu bidang keusahawanan. 

Program ini mencungkil kreativiti serta bakat murid-murid tentang pelbagai peluang perniagaan yang boleh diusahakan. Produk My Mind (Makanan Tambahan untuk otak) tidak ketinggalan dan di jemput untuk bersama-sama membantu di dalam merialisasikan program ini. 

Syukur Alhamdulillah program yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan yang amat menggalakkan daripada semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid kerana menjemput kami dan menyokong My Mind.  


No comments:

Post a Comment